Saturday, February 22, 2014

22 Feb 2014...

Friday, December 20, 2013

20 Disember 2013

Hari ini 20 Disember 2013 Pagi ini syukur kepadaMu ya Allah Nafas terus bergerak HambaMu sempat solat subuh Syukurnya dengar bicara agama Akhir zaman bermula Bila orang beragama Allah Mewarni rambut untuk hitam Inilah tanya bermulanya tanda kiamat Kata penceramah, " Orang ini tidak dapat masuk jannah" Agama hanya harus menginaikan rambut Tapi tidak menghitamkannya Ini rahmat hambamu terima Melihat situa ingin muda kembali Allah menjanji umat Muhammad Sempadannya 63 tahun hi9jrah Selepas hanya tambahan umur Apakah kita tidak mengerti HambaMu ini bersyukur Kini hamba menerima tambahan umur Moga dapat terus beribadat kepadaNya Dengan rahmatNya yang panjang Takwahlah dan berb aktilah Dzura, Ipoh

Monday, November 11, 2013

11 November 2013 Isnin

Hari ini cuaca sejak Matari kurang bersinar Nikmat Allah terus dinikmati Syukur sujud kepadaNya Murahnya Allah menganugerah Nikmatnya amat banyak sekali Bersyukurlah hamba ini Rasa jiwa tenteram Walaupun hambanya berpuasa Tapi tiada rasa apa Hanya rasa sedikit mengantuk Puasa Isnin tiada lapar Berdendenglah jiwa penuh bahagia Menanti petang menjelan g Rasa penuh bahagia Tiada seksa tiada apa Menerima nikmatNya sentiasa Dzura, Ipoh. 11.11.2013

Tuesday, October 29, 2013

Hari Ini 29 Oktober 2013

Hari Ini 29 Oktober 2013 Bahagianya hari ini Allah kurniakan kesihatan mampan Menikmati alam yang ceria Cuaca terang benderang Melimpah rezekinya mendatang Beginilah rahmat Allah SayangNya pada mahlokNya Semua tersedia Kita hanya meneroka Apakah kita perlu bimbang ? Sedangkan kekayaanNya tiada terhitung Diri sendirilah berusaha Segalanya telah tersedia Segalanya berjurai terjurai Pilihlah sahaja Hamba ini amat bersyukur Permohonan diterima Hanya hati ini menyebut "syukur" Hanya takut kepadaNya Takut kesyukuran tidak setara Tiada perlu bimbang Tadah sahaja tangan InsaAllah akan tiba Penuh nikmat di dunia - Akhirat Dzura,Ipoh.

Monday, October 28, 2013

Perjuangan Terus Membara

Hari ini masih pagi. Ada Melayu lupa diri yang berjuang untuknya di dilupaikerana kejayaan kononnya diri pejuang sejati. Merekalah sebenar menikam diri: Masak lukan bersama puyu Dari Kedah ke Shah Alam Marilah satukan umat Melayu satu wadah tingkatkan Islam Daun periya di tiup bayu Ambil kikir bawa ke sini UMNO berjaya menyatukan Melayu Sejarah terukir hingga kini Ikan peda ikan puyu Buah larah roti miri Kini ada generasi Melayu Lupa sejarah megah sendiri Burung kaka makan ikan Makan baga di tepi jendela Kejayaan mereka UMNO usahakan Berijazah hingga berjelajela Terbit pajar di sebelah utara Lalu membajak sawah sendiri Beri belajar di luar negara Sudah bijak tikam diri Dzura,Ipoh. 28.10.2013 Isnin.

Wednesday, June 6, 2012

Sejarah Perjuangan Ini

Hari ini terukirlah sejarah
Wujud blog sendiri
Melukis dan melakar perjuangan
Meneruskan bangsa bermaruah

Islam tema perjuangan
Menegak bangsa seiring
Pertama umat Islam bersatu
Wadah tertinggi
Mensyukuri nikmat Allah
RahmatNya sentiasa
Mengakui kebesaran dan KeagunganNya

Tiada perpecahan umat Islam
Semuanya bersaudara
Paha kiri sakit
Paha kanan turut sakit

Perbezaan pendapat jadikan rahmat
Perbezaan bukan persengketaan
Jalan keluar kemudahan
Rahmat Allah kepada makhlukNya

Mari satu Islam
RahmatAllah seluruh alam
Kedatangan Nabi Isa
Selesaikan perbezaan
Islam agama sejagat
Kemewahan melempah
Syukur amat dirasakan

Janji Allah benar
Manusia mesti akur kekuasaanNya
Mari bersyukur dan menerima
Satu wadah seperjuangan

Dzura
3o.11.2009
Ipoh.